[VIDEO] Manifesto: Janji dilanggari amalan ‘bahaya’ - Utusan Malaysia

[VIDEO] Manifesto: Janji dilanggari amalan ‘bahaya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 31 Julai – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) kini se­dang memperjudikan amalan demokrasi dan budaya politik matang apabila melanggar satu persatu manifestonya termasuk yang terbaharu melantik Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi Khazanah Nasional Berhad (Khaza­nah).

Sebelum ini, pelantikan Peguam Negara, Tommy Thomas tu­­rut bercanggah dengan janji 15 PH yang menyebut lantikan akan dibuat dalam kalangan Ahli Parlimen gabungan tersebut, selain itu, pelanggaran turut berlaku dalam melantik Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Saiful Wan Jan sebagai Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, amalan politik sedemikian rupa sesuatu yang ‘bahaya’ kerana ma­nifesto boleh ditafsirkan sebagai teras tentang apa yang dihasratkan oleh mana-mana parti politik dalam menagih sokongan rakyat.

Jelasnya, rakyat pula menilai manifesto sebagai asas pertimba­ngan untuk membuat keputusan dalam memilih kerajaan mana yang berhak memerintah negara,

“Bila manifesto dibakul sam­pah­kan, boleh dilanggari sesuka hati dan mengeluarkan kenyataan bahawa perkara itu bukan jan­ji.

“Apakah pada masa hadapan kita mahu melahirkan generasi yang hanya boleh menjanjikan bulan dan bintang namun untuk dilanggari dan dimungkiri,” katanya ketika ditemui selepas menjadi tetamu Sembang Online: Menjelang Janji 100 Hari anjuran Utusan Online, di sini hari ini.

Semalam, Pejabat Perdana Men­­teri mengumumkan pelantikan lima ahli Lembaga Pengarah Khazanah yang baharu, berkuat kuasa serta-merta.

Mereka termasuklah Dr. Ma­­hathir sebagai pengerusi, ma­na­kala empat yang lain dilantik sebagai pengarah iaitu Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Tan Sri Mohd. Hassan Marican; Dr. Sukhdave Singh dan Goh Ching Yin.

Mengulas lanjut, Asyraf me­nyatakan kebimbangan sekiranya amalan berjanji namun bukan untuk dipenuhi berterusan kerana negara berkemungkinan besar bakal melahirkan ramai generasi muda yang pandai berbohong.

Tegasnya, berjanji kemudian berbohong terhadap sesuatu per­kara merupakan ciri-ciri orang yang munafik dan beliau berha­rap kerajaan PH dapat mengelakkan diri tergolong dalam kelompok itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×