RASAH 29 Ogos – Mahkamah Tinggi Seremban di sini hari ini menolak bantahan awal Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan untuk membatalkan petisyen pilihan raya yang difailkan calon PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau pada Pilihan Raya Umum Ke-14, Dr. S. Streram. Hakim Datuk Azimah Omar membuat keputusan itu selepas menolak lapan bantahan dikemukakan pihak responden iaitu Mohamad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Rantau. “Setelah meneliti…










