KUALA LUMPUR 10 Ogos – Ketua UMNO Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos meluahkan rasa kecewa kerana dokumen dan kertas siasatan gagal disiapkan sehingga menyebabkan kes perbicaraannya ditangguh. “Baru-baru ini saya tidak dibenarkan dijamin sehingga menyebabkan saya meringkuk dalam penjara selama 27 hari sedangkan kertas siasatan belum disiapkan. “Saya rasa seolah-olah dihukum sedangkan perbicaraan belum dimulakan dan hal ini menyebabkan saya yang merupakan seorang pemimpin dipandang negatif oleh masyarakat,” katanya.…