JOHOR BAHRU 29 Ogos – Kakitangan Hospital Pakar Puteri di sini hari ini berjaya menyiapkan Jalur Gemilang gergasi berukuran 2.4 meter panjang dan 4.8 lebar dihasilkan daripada botol plastik sempena sambutan Hari Kebangsaan 2018. Ketua Pegawai Eksekutif KPJ Hospital Pakar Puteri, Haliza Khalid berkata, usaha tersebut dimulakan sejak dua minggu lalu dengan menggunakan 500 botol plastik kitar semula. “Usaha ini melibatkan semua kakitangan daripada jururawat hingga pentadbiran pihak hospital selain…










