KUALA LUMPUR 1 Ogos – Tan Sri Azman Mokhtar mengakhiri tugasnya sebagai Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dengan penuh bergaya. Menerusi satu video yang tular dalam media sosial, Azman dilihat diraikan seumpama wira dipercayai oleh kakitangan Khazanah. Tepukan gemuruh dan kata-kata semangat mengiri perjalanan beliau ketika meninggalkan pejabat. Kelihatan juga ada yang mengalirkan air mata ketika memeluknya sebelum mengundurkan diri daripada jawatan yang disandang sejak Jun 2004 lagi.…










