MELAKA 30 Ogos – Kerajaan negeri berjaya membongkar dua setor simpanan dipercayai menempatkan baja subsidi kerajaan yang diseleweng, di Kampung Parit Penghulu Benteng, Sungai Rambai, Jasin dekat sini, awal pagi tadi. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani negeri, Norhizam Hassan Baktee berkata, pihaknya membuat serbuan itu bersama pasukan polis kira-kira pukul 12.30 tengah malam tadi. Menurutnya, kedua-dua stor simpanan itu berjaya dipecahkan pada pukul 5.30 pagi selepas…










