[VIDEO] Buku Puteri Gunung Ledang, Tun Teja dalam bentuk kartun dilancarkan - Utusan Malaysia

[VIDEO] Buku Puteri Gunung Ledang, Tun Teja dalam bentuk kartun dilancarkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 Julai – Kisah legenda puteri-puteri tempatan seperti Puteri Gunung Ledang, Tun Teja dan Hang Li Po dalam bentuk kartun dilancarkan di sebuah gedung beli-belah tempatan di sini hari ini.


Video oleh IZZAZ NUR AQMAR AHMAD AZHAR

Majlis pelancaran koleksi buku hasil karya Maslina Md Nor disempurnakan oleh pelukis catan dan kartun negara, Jaafar Taib.

Maslina guru di Sekolah Menengah Yoke Kuan, Sekincan Selangor ketika ditemui memberitahu, penghasilan buku tersebut bertujuan menyemai cinta golongan kanak-kanak terhadap cerita-cerita rakyat khususnya membabitkan puteri-puteri tempatan.

“Unsur budaya adalah faktor utama yang diterapkan dalam penghasilan buku cerita ini. Diharap usaha ini dapat menyegarkan kembali watak puteri-puteri tempatan yang kian dilupakan generasi muda,” katanya.

Yang turut hadir, Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka (Perzim), Datuk Khamis Abas dan Presiden Persatuan Penerbit Buku Malaysia (Mabopa).

Pada majlis itu tetamu turut dihiburkan persembahan nyanyian oleh artis jemputan, Mawi.


Buku tersebut dijual pada harga RM16.90 sebuah dan boleh dibeli di kedai buku di seluruh negara. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN