[VIDEO] ADUN Seri Setia, Shaharuddin hidap kanser meninggal dunia - Utusan Malaysia

[VIDEO] ADUN Seri Setia, Shaharuddin hidap kanser meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 2 Ogos – Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Prof. Dr. Shaharuddin Badaruddin (gambar) meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Putrajaya hari ini.


Video oleh KAMIL MASLIH

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Borhan Aman Shah berkata, Shaharuddin, 56, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia menghembuskan nafas terakhir pada jam 6.28 petang ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Pinggiran Putra dan akan disembahyangkan pagi esok di Masjid Kampung Limau Manis.

“Jenazah kemudian akan di­semadikan di Tanah Perkuburan Kampung Limau Manis.

“Ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham. Saya berdoa semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan golongan yang soleh. Al-fatihah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Isnin lalu, Shaharuddin yang dipercayai menghidap kanser kolon dilaporkan tenat tetapi berita itu nafikan keluarganya.

Kelmarin, Pejabat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor turut mengeluarkan kenyataan yang menyatakan Shaharuddin hanya berehat selama sebulan selepas menjalani rawatan.

Shaharuddin adalah bekas Timbalan Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel) dan Ahli Lembaga Pengarah Institut Darul Ehsan (IDE).

Beliau dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Ne­geri Selangor selepas memenangi kerusi Dewan Undangan Ne­geri Seri Setia pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×