KLANG 9 Ogos – Akibat tidak pernah diselenggara sejak lebih 12 tahun, dua daripada enam tangki air di Blok G, Pangsapuri Seri Perantau di sini pecah menyebabkan kira-kira 700 penduduknya terputus bekalan air sejak seminggu lalu. Dalam dua kejadian pada 30 Julai dan 5 Ogos lalu, limpahan air yang membanjiri koridor beberapa unit di tingkat paling atas pangsapuri sembilan tingkat itu turut menyebabkan kerosakan pendawaian elektrik. Penduduk, Mohd. Shawal Sabtu…










