RASAH 8 Ogos – Lebih 100 penyokong Barisan Nasional (BN) hadir memberi sokongan kepada bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan semasa prosiding kes petisyen pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau di Mahkamah Tinggi Seremban di sini hari ini. Mereka mula berkumpul di pekarangan mahkamah sejak pukul 8 pagi bagi menyambut Mohamad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Rantau yang tiba kira-kira pukul 8.35 pagi. Antara yang hadir Ketua…










