LONDON 3 Ogos – Barcelona bersedia untuk mendapatkan pemain tengah Bayern Munich, Arturo Vidal dengan harga 27 juta pound (RM143 juta) selepas mereka mendapat persetujuan awal bintang Chile itu. Vidal, yang memiliki banyak pengalaman beraksi di pentas Liga Juara-juara, akan menjalani pemeriksaan kesihatan di Barcelona selepas Bayern memberi kebenaran kepadanya, lapor akhbar Britain The Guardian. Pemain berusia 31 tahun itu bakal menjadi pemain terbaharu berpindah ke Camp Nou pada musim…










