KUALA LUMPUR 4 Ogos – Pasukan pancaragam Kor Kadet Victoria Institution (VICCB) mempertahankan kejuaraan untuk dua tahun berturut-turut dalam Pertandingan Pancaragam Belia Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIYMBC) 2018 di Stadium Hoki, Jalan Pantai Bharu, malam tadi.
Memperoleh markah tertinggi 91.8 peratus, VICCB berjaya menewaskan pasukan Golden Hornbill Drum line, dari Universiti Teknologi Mara, Sarawak di tempat kedua dengan markah 84.17 peratus manakala tempat ketiga dan keempat Lyceum School Cadet Band dan Holy Cross College Senior Western kedua-duanya dari Sri Lanka.
Masing-masing memperoleh markah 78.67 peratus dan 73 peratus.
Lebih membanggakan pasukan itu turut membolot empat anugerah khas iaitu anugerah drum major terbaik, brass terbaik, colourguard terbaik dan percussion terbaik.
Untuk rekod, dalam pertandingan KLIYMBC 2017, VICCB dinobatkan sebagai juara menewaskan pesaing terdekat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bintulu Marching Band, di tempat kedua, manakala tempat ketiga Band of Spirit Shah Alam. – UTUSAN ONLINE










