Velodrom Rakyat akhirnya dapat Sijil Homologation - Utusan Malaysia

Velodrom Rakyat akhirnya dapat Sijil Homologation

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Ogos – Velodrom Rakyat di Ipoh akhirnya memperoleh Sijil Homologation daripada Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) selepas hampir setahun menunggu sekaligus boleh diguna untuk menganjurkan sebarang kejohanan kebangsaan dan antarabangsa.

Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) ketika mengesahkannya berkata, berita gembira itu telah dimaklumkan Naib Presiden PKBM, Datuk Amarjit Singh menerusi telefon daripada Aigle, Switzerland.

PKBM bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai keputusan UCI itu sebaliknya meminta supaya menunggu kepulangan Amarjit ke Malaysia yang dijangka akan membuat kenyataan akhbar mengenainya.

Ini memandangkan kata badan induk berbasikal kebangsaan itu, hanya Amarjit sahaja yang mengetahui secara terperinci tentang apa yang diputuskan oleh UCI dalam mesyuarat yang dihadiri beliau sebagai satu-satunya wakil dari PKBM. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN