JAKARTA – Ketua jurulatih skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara Datuk Ong Kim Swee enggan ‘diangkat’ terlalu tinggi atas persembahan terpuji ditonjolkan Malaysia sepanjang mengharungi saingan bola sepak pada temasya Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang. Sebaliknya, beliau berkata pencapaian membanggakan anak buahnya itu yang meraih dua kemenangan termasuk mengejutkan gergasi Asia yang juga juara bertahan, Korea Selatan 2-1 untuk mengungguli saingan Kumpulan E adalah kerana hasil usaha keras para pemain. “Saya…










