KUALA LUMPUR 30 Ogos – Keuntungan bersih RHB Bank Bhd. bagi separuh pertama berakhir 30 Jun 2018 melonjak kepada RM1.16 bilion, 16 peratus lebih tinggi dalam tempoh sama tahun lalu. Pengarah Urusan RHB Banking Group, Datuk Khairussaleh Ramli berkata, peningkatan pendapatan itu dipacu pendapatan pembiayaan bersih yang tinggi dan pertumbuhan pendapatan bukan berasaskan dana. “Pendapatan berasaskan pembiayaan bersih meningkat sebanyak 10 peratus kepada RM2.48 bilion disokong peningkatan dalam pinjaman dan…










