CYBERJAYA 20 Ogos – Sempena sambutan Hari Kebangsaan negara ke-61, Universiti Limkokwing mencipta sebuah lagu patriotik baharu berjudul Demi Negara khusus untuk seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Naib Presiden Kanan Pemerkasaan Industri, Universiti Limkokwing, Datuk Raja Aznil Raja Hisham berkata, lagu yang mengambil masa seminggu untuk disiapkan itu dicipta khas oleh penuntut-penuntut Fakulti Akademi Rekaan Bunyi dan Muzik universiti tersebut. “Lagu ini juga mendapat sentuhan daripada Presiden dan Pengasas…










