KOTA KINABALU 14 Ogos – Barisan Nasional (BN) Sabah bakal berkubur selepas UMNO negeri turut menyatakan persetujuan menyertai blok pembangkang baharu, Parti Gabungan Bersatu Sabah (PGBS) yang akan ditubuhkan tidak lama lagi. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Hajiji Noor berkata, keputusan tersebut dibuat memandangkan BN telah kehilangan parti komponennya selepas beberapa parti tempatan mengumumkan keluar daripada gabungan itu sebelum ini. Beliau bagaimanapun menegaskan tiada mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri…










