KOTA BHARU 18 Ogos – Sektor industri di negeri ini tidak lagi perlu ke negeri Pantai Barat untuk menganalisis sampel sesuatu bahan berkaitan gelombang Sinar X kerana Universiti Malaysia Kelantan (UMK) sudah memiliki kelengkapan teknologi berkapasiti tinggi, canggih dan moden berkaitan perkhidmatan itu. Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UMK, Prof. Datuk Dr. Ibrahim Che Omar berkata, sektor industri seperti cari gali dan perlombongan di negeri ini sebelum ini terpaksa…










