KUALA LUMPUR 3 Ogos – UEM Sunrise Bhd., antara syarikat tersenarai di bawah portfolio pelaburan Khazanah Nasional Bhd. tidak gusar dengan pelantikan lima ahli lembaga pengarah baharu syarikat pelaburan strategik itu kerana kedua-duanya adalah entiti berasingan. Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif UEM Sunrise, Anwar Syahrin Abdul Ajib tidak merasakan pihak pengurusan syarikat akan menerima tempias kerana dalam hal ini terdapat satu tadbir urus korporat yang jelas. Katanya, pasukan pengurusan…










