UEM Sunrise tawar promosi penjimatan - Utusan Malaysia

UEM Sunrise tawar promosi penjimatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Ogos – UEM Sunrise Bhd. menawarkan penjimatan kepada orang ramai harga rumah serendah RM293,000 bersempena sempena ulang tahun ke-50 syarikat pemaju hartanah berkenaan.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif UEM Sunrise, Anwar Syahrin Abdul Ajib berkata, tawaran istimewa itu bermula 6 Ogos ini buat tempoh waktu yang terhad.

“Tawaran penjimatan itu meliputi kira-kira 300 unit rumah kediaman bertanah dan tinggi di lokasi strategik termasuk di Cyberjaya dan Johor Bahru.

“Bakal pembeli turut boleh menikmati bayaran pendahuluan serendah RM1,000 bagi projek Bayu Angkasa di Iskandar Puteri, Johor dan RM5,000 bagi Verdi Eco-dominiums dan Symphony Hills di Cyberjaya,” katanya dalam satu taklimat media di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN