Tuntut hak sama rata LGBT permulaan halalkan perkahwinan sejenis - Utusan Malaysia

Tuntut hak sama rata LGBT permulaan halalkan perkahwinan sejenis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 8 Ogos – Kempen yang bermula daripada menuntut hak sama rata golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dikhuatiri akan menjadi punca kepada kerosakan institusi sosial yang lebih besar terhadap masyarakat di negara ini.

Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Dr. Noraini Ahmad berkata, perkahwinan sejenis di negara-negara lain bermula daripada perjuangan menuntut kononnya hak asasi sama rata untuk golongan tersebut.

Ujarnya, mana-mana individu di Malaysia tidak pernah dinafikan hak asasi mereka dalam menjalani kehidupan seharian termasuk mendapatkan pendidikan, rawatan kesihatan dan sebagainya.

“Sebagai sebuah negara Islam yang bukan sahaja dari sudut kehidupan malah Perlembagaan, kita mesti menerima bahawa hubungan sesama jantina adalah haram di sisi agama.

“Maka, untuk menghalalkan golongan LGBT mengamalkan gaya hidup hubungan sesama jantina secara terbuka merupakan satu hak yang berlebihan untuk diminta dalam sebuah negara Islam seperti Malaysia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN