KUALA LUMPUR 2 Ogos – Peminat motosikal berkuasa tinggi khususnya jenis cruiser berpeluang menunggang uji Indian Motorcycle buatan Amerika Syarikat pada Sabtu dan Ahad ini.
Sesi tunggang uji tersebut akan diadakan di NAZA World Automall, Lot 1, Jalan 51A/221, Petaling Jaya bermula pukul 10 pagi hingga 5 petang.
Ketua Syarikat Harmony Fabulous Sdn. Bhd., iaitu pengedar tunggal Indian Motorcycle di negara ini, Amir Abu Bakar berkata, peminat motosikal berkuasa tinggi seharusnya tidak melepaskan peluang tersebut.
“Mereka akan merasai pengalaman yang berbeza iaitu menunggang cruiser berkapasiti 1,133 dan 1,811 cc yang memiliki ciri-ciri tanpa gegaran, lancar dan mudah dikendalikan.
“Mereka juga boleh mendapatkan maklumat lanjut daripada krew kami termasuk kelebihan spesifikasi dan penjimatan penyelenggaraan motosikal ini.
“Selain itu, promosi istimewa turut ditawarkan kepada bakal pembeli,” katanya kepada Utusan Online, hari ini.
Jamuan ringan turut disediakan kepada para pengunjung.
Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi Pengurus Jualan Harmony Fabulous Sdn. Bhd., Mazhar Rafei di talian 016-2293123. – UTUSAN ONLINE










