SUBANG JAYA 19 Ogos – Penyanyi Kaka Azraff bakal mengeluarkan album sulung yang dijangka akan menemui peminat pada awal tahun hadapan. Menurut penyanyi lagu Sibuk itu, dia tidak perlu terburu-buru untuk menghasilkan sebuah album biarpun pembabitannya dalam industri muzik sudah mencecah tujuh tahun. Mementingkan kualiti berbanding kuantiti, Kaka langsung tidak berkecil hati meskipun proses untuk memiliki sebuah album agak lambat berbanding rakan artis seangkatannya. “Saya percaya pada rezeki. Kalau lambat…










