KUALA LUMPUR 7 Ogos – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pihak yang melemparkan tuduhan kononnya beliau memiliki aset sebanyak RM230 juta sebagai individu berfikiran kotor. Menurut Presiden UMNO itu, jawapan bertulis yang diberikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Liew Vui Keong semalam membuktikan bahawa selama ini tuduhan yang dilemparkan itu adalah tidak benar. Malah, tegas beliau, kenyataan menafikan tuduhan tersebut telah banyak kali dijelaskannya sejak dahulu…










