TRW tekad raih keputusan positif - Utusan Malaysia

TRW tekad raih keputusan positif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEMANGKU jurulatih Ke­lantan, Yusri Che Lah mahu barisan pemainnya memanfaatkan ketiadaan empat tonggak Kedah untuk me­raih mata pada aksi pembukaan Kumpulan C Piala Malaysia di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam ini.

Yusri berkata, ketiadaan empat tonggak Kedah iaitu Baddrol Bakhtiar, Akyhar Rashid, Mohd. Rizal Ghazali dan Mohd. Ifwat Chek Kassim memberikan sedikit kelebihan buat skuad The Red Warriors (TRW) untuk me­lakukan kejutan pada perlawanan tersebut.

“Bagaimanapun, kita tidak boleh ambil mudah keupayaan lawan yang pastinya mempunyai misi sama iaitu meraih mata.

“Jadi saya harap pemain dapat memberikan aksi terbaik pada perlawanan itu dan terus kekal fokus untuk membawa pulang sekurang-kurang satu mata ke Kota Bharu,” katanya.

Yusri berkata, dia sedikit lega apabila pemain importnya Bakhtiyar Duyshobekov memilih untuk terus membantu Kelantan walaupun dipanggil untuk membarisi pasukan kebangsaannya iaitu Kyrgyzstan.

Katanya, kehadiran Bakhtiyar melegakannya sekali gus memudahkan perancangan untuk mempersiapkan pasukan berdepan Kedah.

“Satu pengiktirafan yang besar buat Kelantan apabila Bakhtiyar menolak hasrat untuk bersama negaranya,” kata Yusri.

Bekas tonggak Perlis itu berkata, dia tidak akan melakukan sebarang rombakan untuk bertemu Kedah kerana masih yakin barisan yang mencatatkan kemenangan ke atas Pahang pada aksi terakhir Liga Super itu mampu meneruskan rentak cemerlang.

“Saya harap mereka dapat menyekat dan merantai kelibat pemain-pemain import Kedah. Ini bagi memastikan Kelantan berjaya meraih mata pada perlawanan itu nanti,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN