WASHINGTON 2 Ogos – Presiden Amerika Syarikat (AS) menerima sepucuk surat daripada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dan White House tidak mendedahkan butiran tentang kandungan surat tersebut.
Setiausaha Akhbar White House, Sarah Sanders berkata, sepucuk surat kepada Presiden Trump daripada Jong-un telah diterima pada 1 Ogos.
“Komunikasi berterusan antara kedua-dua pemimpin itu ekoran pertemuan mereka di Singapura dan meningkatkan lagi komitmen yang dibuat dalam kenyataan bersama AS-Pyongyang,” kata beliau. – AFP
Memuatkan artikel berkaitan…











