PUTRAJAYA 4 Ogos – Mengesahkan dirinya hamil empat bulan, pelakon tinggi lampai, Julia Ziegler, 34, mendapati berat badannya naik secara drastik, penambahan sebanyak 10 kilogram disebabkan selera makannya yang bertambah.
Julia atau nama sebenarnya Julia Bob Fauzi Ziegler memberitahu, sejak menempuhi trimester pertama kehamilan, dia amat gemarkan makanan India iaitu tosai, namum mendapati dirinya tidak boleh makan juadah tomyam.
“Saya tidak mengalami sebarang alahan teruk dari awal kehamilan hinggalah sekarang. Cuma nafsu makan saya sahaja yang tak terkawal. Tekak tak henti-henti nak makan itu dan ini.
“Satu lagi, saya cepat kehabisan tenaga. Lepas makan, saya asyik nak tidur. Sebab itulah makin jadi-jadi badan ini naik,” selorohnya.
Pun begitu, sebaik kandungannya memasuki usia empat bulan, barulah dia kembali bertenaga dan mengaktifkan diri melakukan kerja-kerja rumah.
Julia juga menyedari, buat masa kini, dia langsung tidak ditawarkan peluang berlakon dan berpendapat perubahan fizikalnya yang mendadak menjadi penyebab utama. – UTUSAN ONLINE










