PERNAH bergelut dengan kontroversi dipenjarakan atas kesalahan memiliki dadah di Singapura dua tahun lalu, pelakon Tony Eusoff reda tidak digam oleh stesen televisyen serta syarikat produksi, namun dia terkejut apabila perkara sebaliknya berlaku. Kata Tony atau nama sebenarnya, Anthony Joseph Anak Hermas Rajiman, 40, dia lega walaupun kontroversi berkenaan sedikit sebanyak memberi persepsi negatif terhadap dirinya, dia tetap mendapat sokongan daripada orang ramai untuk meneruskan kehidupan. Pun begitu, pernah juga…









