BEIJING 19 Ogos – Kuala Lumpur akan berusaha untuk menjalin hubungan yang lebih baik dengan Beijing kerana ini akan membawa manfaat bersama untuk kedua-dua pihak, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Beliau berkata, tumpuan kepada pembangunan ekonomi berbanding konfrontasi menjadi pilihan dalam hubungan antara Malaysia dan China. “Untuk itu, ahli perniagaan China dialu-alukan untuk melabur di Malaysia,” katanya ketika berucap pada kira-kira 400 usahawan China dan pemimpin perniagaan di sini hari ini. Dr. Mahathir kini dalam lawatan rasmi lima hari ke China. Dr. Mahathir juga memberi gambaran jelas pendirian…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya