KUALA LUMPUR 16 Ogos – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) digesa supaya menolak Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) kerana tidak memberi manfaat kepada golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40). Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar berkata, keputusan kerajaan PH menjenamakan semula perjanjian Perjanjian Kerjasama Trans Pasifik (TPPA) itu boleh membawa banyak implikasi kepada negara. “Negara bukan sahaja akan berdepan dengan kenaikan harga ubat malah tindakan Penyelesaian Pertikaian…