TANGGAL 31 Ogos pada setiap tahun merupakan tarikh keramat bagi seluruh rakyat di negara ini. Ia merupakan hari yang sangat bermakna buat seluruh rakyat Malaysia kerana pada tarikh itu kita menyambut Hari Kebangsaan. Hari kemerdekaan ini disambut secara besar-besaran sama ada di peringkat kebangsaan ataupun negeri. Perasaan betapa tingginya nilai dan erti kemerdekaan dalam kalangan mereka yang pernah berjuang untuk mencapai kemerdekaan tidak mampu diterjemahkan melalui penulisan ataupun kata-kata. Hanya…










