KUCHING 11 Ogos – Pergerakan Pemuda Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengecam sekeras-kerasnya tindakan pihak tertentu yang semakin ligat memfitnah mereka sejak kebelakangan ini. ABANG JOHARI TUN OPENG Menurut Timbalan Ketua Pergerakan Pemuda GPS, Fazzrudin Abdul Rahman, tindakan tersebut dilihat sebagai perbuatan terdesak pihak tertentu dalam usaha memburuk-burukkan GPS dan mengelirukan rakyat. Katanya, Pemuda GPS melihat ada cubaan terdesak pihak tertentu untuk meraih sokongan rakyat Sarawak kepada usaha menubuhkan parti baharu…










