LIVERPOOL – Serangan tiga serangkai di barisan hadapan Liverpool ternyata berbisa apabila The Reds membuka tirai Liga Perdana England (EPL) dengan mencatatkan kemenangan 4-0 ke atas West Ham United di Stadium Anfield semalam. Gandingan Mohamed Salah, Sadio Mane dan Roberto Firmino mengucar kacirkan barisan pertahanan pasukan pelawat apabila gawang West Ham mula dirobek kurang 20 minit perlawanan bermula. Dalam aksi tersebut, skuad kendalian Jurgen Klopp berjaya membuka jaringan pada minit…










