KAMPAR 19 Ogos – Tiga lelaki maut setelah kenderaan pacuan empat roda dinaiki merempuh bahagian belakang sebuah lori muatan surat khabar di Kilometer 291.6, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di sini hari ini. Nahas pada pukul 4.40 pagi itu mengorbankan pemandu kereta jenis Toyota Hilux, Nishan Singh Dhillon, 30, serta dua sepupunya iaitu Rajminder Singh, 26, dan Gurdial Singh, 28. Ketiga-tiga mangsa yang cedera parah meninggal dunia di tempat kejadian…