IPOH – Tiga sekeluarga ditahan reman selama enam hari bermula hari ini hingga Isnin depan bagi membantu siasatan berhubung kes pemerdagangan manusia melibatkan seramai 18 warga asing. Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Siti Salwa Ja’afar kira-kira pukul 11 pagi di Mahkamah Majistret Ipoh di sini. Ketiga-tiga suspek wanita berusia 20 hingga 40 tahun itu akan disiasat di bawah Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran…










