KUALA LUMPUR – Tiga anggota pasukan khas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berkhidmat sebagai pengiring rapat kepada bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein telah diberi arahan kembali lapor diri ke ATM. Tanpa mendedahkan butiran mereka, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata, ketika ini kementeriannya sedang membuat siasatan berhubung perkara itu. “Sebarang keputusan terhadap ketiga-tiga mereka berhubung kes ini (pengiring rapat kepada Hishammuddin) akan ditentukan kami ,” katanya ringkas pada sidang akhbar Simposium Antarabangsa…










