PADAWAN 21 Ogos – Polis berjaya menahan tiga individu termasuk dua wanita disyaki memiliki dadah dalam serbuan di sebuah hotel di Jalan Batu Kawah awal pagi ini. Dalam serbuan kira-kira pukul 1.50 pagi itu, pasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan menahan ketiga-tiga suspek yang berusia antara 21 hingga 39 tahun. Menurut Ketua Polis Daerah, Superintenden Aidil Bolhassan, tangkapan tersebut hasil maklumat awam dan risikan polis yang dilakukan…










