SAUDARA PENGARANG, USAHA pihak tertentu mahu memasukkan peranan komunis sebagai pejuang kemerdekaan adalah melampau dan tidak wajar. Nampaknya mereka semakin berani menentang arus pemikiran masyarakat sedangkan jelas komunis bukan pejuang kemerdekaan tetapi pengganas dan pembunuh. Kita tidak nafikan peranan komunis untuk menentang British dan Jepun malah perkara itu ada disebut dalam buku teks sekolah. Penentangan mereka secara perang gerila juga sudah diketahui umum. Namun, yang kita nampak dengan jelas ialah mereka melancarkan gerakan bersenjata membunuh ribuan polis dan orang awam. Kita juga tahu mereka menjalankan anarki dan memusnahkan harta benda…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya