KUALA LUMPUR 15 Ogos- Menteri Pertahanan Mohamad Sabu hari ini menegaskan tiada sebarang campur tangan kuasa eksekutif dalam urusan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap pembantu politiknya. Malah beliau berkata, agensi itu bebas menjalankan sebarang proses mengikut prosedur yang ditetapkan dengan penuh kewibawaan. “Sebarang tindakan daripada SPRM kita tidak akan campur tangan. Biarlah mereka (SPRM) menyelesaikan ikut kewibawaan dan ruang yang ada pada agensi itu, “ katanya dalam sidang…










