Terima kasih kepada MPS - Utusan Malaysia

Terima kasih kepada MPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG, SAYA ingin mengucapkan terima kasih kepada Majlis Perbandaran Selayang (MPS) yang giat menurap jalan, mengangkut kenderaan lusuh yang tersadai serta membaiki binaan termasuk rel besi sepanjang jalan-jalan utama Taman Seri Gombak.

Nampaknya pentadbiran MPS semakin peka dengan penyelenggaraan kemudahan di bawah tanggungjawab mereka khususnya di kawasan perumahan saya ini.

Lori hantu dan tapak pelupusan sampah haram bersebelahan Surau Jabal Nur juga nampaknya sudah lama ‘bungkus’ dan diharap berterusan demi keselamatan anak-anak yang menghadiri Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA).

Namun, mohon MPS ambil perhatian masalah anjing liar yang berkeliaran berhampiran Jalan 9/8 menghala ke Fasa 8 berhampiran jalan masuk tapak pelupusan sampah haram tersebut.

Semakin hari semakin banyak anjing liar membiak di kawasan pelupusan sampah haram itu atau dibela oleh warga asing yang bekerja di situ sebelum ini.

AHLI KARIAH

TSG, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN