HARI ini, genaplah 100 hari pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH) selepas gabungan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Parti Tindakan Demokrasi (DAP) dan Parti Amanah Negara (Amanah) berjaya menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang lalu. Daripada satu sudut, kita harus bersyukur kerana proses pengambilalihan tampuk pimpinan kerajaan daripada BN kepada PH dilihat berjalan dengan sangat licin tanpa ada sebarang ganggu-gugat mana-mana pihak.…










