KUALA LUMPUR 30 Ogos – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook sedar dirinya tidak popular dalam kalangan pemandu teksi namun akan terus berusaha membela nasib golongan itu. Kata beliau, walaupun keputusan kerajaan untuk terus membenarkan operasi syarikat e-hailing tidak digemari pemandu teksi, pihaknya tidak akan mengabaikan kebajikan mereka. Sehubungan itu, kata beliau, pihak kementerian akan terus merangka strategi untuk meningkatkan taraf hidup golongan tersebut. “Saya tahu dalam kalangan pemandu teksi…










