KUALA LUMPUR 19 Ogos – Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, teguran pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Bersih 2.0 bahawa terdapat pelanggaran kesalahan pilihan raya semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis akan diambil perhatian dengan serius. Ujar Timbalan Perdana Menteri, setiap pilihan raya mestilah berjalan dengan bebas dan adil, justeru, teguran oleh Bersih 2.0 semestinya diambil berat dan kesalahan yang dilakukan adalah tidak wajar…










