JAKARTA 19 Ogos – Malaysia meraih pingat gangsa pertama Sukan Asia 2018 menerusi Yap Khim Wen dalam acara Poomsae wanita, sebentar tadi. Dalam aksi separuh akhir di Pusat Konvensyen Jakarta (JCC), di sini, Khim Wen meraih 8.3 mata tewas kepada Marjan Salahsouri dari Iran dengan kutipan 8.430 mata. Kejayaan itu berjaya menamatkan kemarau pingat negara selama 16 tahun di temasya itu. – UTUSAN ONLINE










