KUALA LUMPUR 1 Ogos – TELEKOM Malaysia Berhad (TM) menegaskan penganugerahan kontrak bernilai RM11.15 juta kepada Opcom Holdings Bhd. (Opcom) dibuat melalui proses tender terbuka. MOKHZANI MAHATHIR TM dalam kenyataannya berkata, pihaknya mempunyai proses perolehan yang ketat serta telus dan berpegang kepada kod tingkah laku terbaik dari sudut tadbir urus korporat dan integriti. Jelas syarikat itu, tender terbuka bagi kontrak Rakan Unifi bermula pada Januari lalu dan proses penilaian berakhir…










