GUA MUSANG – Masyarakat Orang Asli enggan berundur malah bertekad akan membina semula sekatan yang telah dimusnahkan pihak berkuasa di tiga penempatan penduduk suku Temiar di Pos Tohoi, Pos Bihai dan Pos Pasik di sini semalam. Pengerusi Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan, Mustafa Along berkata, selepas 24 jam halangan dimusnahkan atas arahan kerajaan negeri, ‘penjenayah alam’ didakwa telah mula memasuki kawasan berkenaan semalam untuk menjalankan aktiviti komersial yang menjejaskan alam…










