KUALA LUMPUR 21 Ogos – Selepas niatnya untuk menjadi pemain bola profesional tidak kesampaian, pelakon kacak Syafiq Kyle kini menubuhkan kelab bola miliknya sendiri. Memilih nama Challo FC, kata Syafiq selain dirinya, kelab bola ini turut menyenaraikan beberapa artis lain sebagai pemain tetap kelab tersebut, antaranya Aedy Ashraf. “Kelab ini masih baru dan sebagai pemilik, saya mengeluarkan hampir RM50,000 setahun dalam menyediakan segala kelengkapan untuk pemain. “Sebenarnya saya tidak mensasarkan…