PUTRAJAYA 1 Ogos – Penyanyi berbakat besar, Syafeek Ikhwan, 30, tidak menjangka dirinya bakal diangkat sebagai juara pertandingan I-Sing Malaysia 2018 sekali gus melayakkannya mewakili negara ke peringkat akhir yang akan diadakan di Paris, Perancis pada September ini. Menurut bintang realiti Juara Pujaan 2015 itu, kemenangan yang diraih dalam acara yang berlangsung Ahad lalu diibaratkan pucuk dicita ulam mendatang sementelah mengharungi liku mencabar bergelar anak seni selama tiga tahun. “Alhamdulillah,…










