PADA pagi itu, para pelajar tanpa mengira kaum kelihatan begitu gembira berkumpul di tapak perhimpunan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Bukit Maluri, Kepong, Kuala Lumpur. Riak wajah mereka menunjukkan keterujaan untuk bertemu rakan-rakan sambil tangan menggenggam erat Jalur Gemilang. Lebih manis, masing-masing memakai pakaian tradisional silang budaya seperti baju Melayu, kurung, kebaya, ceongsam, samfu, sari, kurta dan dhoti. Program Sayangi Malaysiaku yang berlangsung setengah hari pada hari Jumaat itu melibatkan…










