KUALA TERENGGANU 22 Ogos – Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menyertai lebih 1,000 jemaah menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang di sini hari ini. Turut berangkat, anakanda-anakanda baginda, Tengku Muhammad Ismail dan Tengku Muhammad Mua’az. Ketibaan baginda kira-kira pukul 7.50 pagi diiringi Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar bersama Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk A. Rahman Yahya dan barisan kepimpinan kerajaan. Solat sunat Aidiladha diimamkan…










